Maharani Matilda
Maharani Matilda

Maharani Matilda

Maharani Matilda (c. 7 Februari 1102 – 10 September 1167), juga dikenali sebagai Maharani Maude,[nb 1] merupakan salah satu pihak menuntut takhta Inggeris semasa perang saudara dikenali sebagai the Anarchy. Paduka puteri Raja Henry I dari England, baginda berpindah ke Jerman semasa kecil apabila baginda mengahwini bakal Maharaja Suci Rom Henry V. Baginda mengembara dengan suaminya ke Itali pada tahun 1116, dimahkotakan secara kontroversial di Basilik St. Peter, dan bertindak sebagai pemangku raja empayar di Itali. Matilda dan Henry V tidak mempunyai anak, dan apabila suaminya mangkat pada tahun 1125, mahkota empayar dituntut oleh pesaingnya Lothair dari Supplinburg.

Maharani Matilda

Pemerintahan 7 April 1141 – 1148[1][2]
Ayahanda Henry I dari England
Pemakaman Rouen Cathedral, Perancis
Pasangan Henry V, Maharaja Suci Rom (k. 1114; m. 1125)
Geoffrey V, Count Anjou (k. 1128; m. 1151)
Bonda Matilda dari Scotland
Kerabat Normandy
Anakanda Henry II dari England
Geoffrey, Count Nantes
William FitzEmpress
Tenure 7 Januari 1114 – 23 Mei 1125
Kemangkatan 10 September 1167 (umur 65)
Rouen, Perancis
Didahului oleh Stephen (sebagai raja)
Keputeraan s. 7 Februari 1102
Mungkin Winchester atau Sutton Courtenay, England
Diikuti oleh Stephen (sebagai raja)